2.1 Garis Lurus Penyuaian Terbaik


2.1 Garis Lurus Penyuaian Terbaik
Garis lurus penyuaian terbaik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
(a)  ia menyambungkan kebanyakan titik yang diplotkan pada graf,
(b)   titik-titik yang tidak terletak pada garis lurus penyuaian terbaik itu bertaburan secara seimbang di kedua-dua belah garis lurus itu.

Contoh:
Tentukan sama ada graf-graf di bawah mempunyai ciri-ciri garis lurus penyuaian terbaik.
(a)


Ya! Ini adalah garis lurus penyuaian terbaik. Garis lurus itu menyambungkan 3 titik, dan 2 titik yang tidak terletak pada garis lurus penyuaian terbaik itu bertaburan secara seimbang di kedua-dua belah garis lurus itu.

(b)


Tidak! Ini bukan garis lurus penyuaian terbaik. Garis lurus itu mempunyai titik-titik yang lebih banyak di sebelah atas garis lurus berbanding dengan sebelah bawah garis.
Tambahan pula, titik yang tidak terletak pada garis lurus penyuaian terbaik itu TIDAK bertaburan secara seimbang di kedua-dua belah garis lurus itu.


0 comments:

Post a Comment