11.3 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 2:
Rajah di bawah menunjukkan carta palang bagi perbelanjaan mingguan untuk barangan A, B, C, D dan E pada tahun 2000. Jadual 1 menunjukkan harga dan indeks harga barangan tersebut.

Baragan
Harga pada 2000
Harga pada 2006
Indeks Harga 2006 dengan 2000 sebagai tahun asas
A
x
RM 1.75
140
B
RM 2.00
RM 2.50
125
C
RM 4.00
RM4.80
y
D
RM 6.00
z
125
E
RM 2.50
2.75
110
Jadual 1

(a)    Cari nilai
        i.      x
      ii.      y
    iii.      z                                                                                          

(b)   Kirakan nombor indeks gubahan bagi harga barangan itu pada tahun 2006 dengan tahun 2000 sebagai tahun asas.
                                                                                                                            
(c)    Jumlah perbelanjaan bulanan bagi barangan itu pada tahun 2000 ialah RM456. Hitungkan jumlah perbelanjaan bulanan yang sepadan pada tahun 2006.
                                                                                                                            
(d)   Kos barangan itu meningkat 15% dari tahun 2006 ke tahun 2009.
Carikan nombor indeks gubahan tahun 2009 dengan tahun 2000 sebagai tahun asas.

Penyelesaian:
(a)(i)
I= P 1 P 0 ×100 I= P 2006 P 2000 ×100 140= 1.75 x ×100 x=RM1.25

(a)(ii)
I= P 2006 P 2000 ×100 y= 4.80 4.00 ×100 y=120

(a)(iii)
I= P 2006 P 2000 ×100 125= z 6.00 ×100 z=RM7.50

(b)

Baragan
Indeks Harga 2006 dengan 2000 sebagai tahun asas
Pemberat
(dari rajah di atas)
A
140
15
B
125
30
C
120
24
D
125
33
E
110
12

Nombor indeks gubahan bagi harga barangan itu pada tahun 2006 dengan tahun 2000 sebagai tahun asas,
I ¯ = IW W I ¯ = ( 140 )( 15 )+( 125 )( 30 )+( 120 )( 24 )+( 125 )( 33 )+( 110 )( 12 ) 15+30+24+33+12 I ¯ = 14175 114 I ¯ =124.34

(c)
I= P 1 P 0 ×100  
Katakan jumlah perbelanjaan bagi barangan itu pada tahun 2006 ialah P2006
I= P 2006 P 2000 ×100 124.34= P 2006 RM456 ×100 P 2006 =RM567

(d)
Katakan nombor indeks gubahan tahun 2009 berasaskan tahun 2000 ialah  
I ¯ 2009 =124.34× 115 100 I ¯ 2009 =143


0 comments:

Post a Comment