11.3 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)


11.3 Nombor Indeks, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 1:
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga dan peratus penggunaan bagi empat bahan , P, Q , R dan S, yang meruapakan bahan utama dalam pengeluaran suatu jenis barang mainan.

Bahan
Indeks harga dalam tahun 2007 berasaskan tahun 2004
Peratus penggunaan
(%)
P
125
30
Q
x
20
R
115
10
S
135
40

(a) Hitung
(i)    harga bahan S pada tahun 2004 jika harganya pada tahun 2007 ialah RM43.20,
(ii)   indeks harga P pada tahun 2007 berasaskan tahun 2002 jika indeks harga pada tahun 2004 berasaskan tahun 2002 ialah 110.
(b)  Indeks gubahan bagi kos pengeluaran barang mainan itu pada tahun 2007 berasaskan tahun 2004 ialah 125.
Hitung
(i)    nilai  x ,
(ii)   harga bagi barang mainan itu pada tahun 2004 jika harga yang sepadan pada tahun 2007 ialah RM75.

Penyelesaian:
(a)(i)
135= 43.2 P 2004 ×100 P 2004 = 43.2×100 135 =32  

Maka, harga bahan S pada tahun 2004 ialah RM32.

(a)(ii)
Diberi  P 2004 P 2002 ×100=110  P 2004 P 2002 = 110 100 dan  P 2007 P 2004 ×100=125  P 2007 P 2004 = 125 100

Indeks harga P pada tahun 2007 berasaskan tahun 2002,
I= P 2007 P 2002 ×100 I= P 2007 P 2004 × P 2004 P 2002 ×100 I= 125 100 × 110 100 ×100 I=137.50  

(b)(i)
Diberi indeks gubahan  I ¯ =125 I ¯ = IW W 125= ( 125 )( 30 )+( x )( 20 )+( 115 )( 10 )+( 135 )( 40 ) 30+20+10+40 125= 10300+20x 100 12500=10300+20x x=110  

(b)(i)
Katakan harga bagi barang mainan itu pada tahun 2004 ialah P2004

P 2004 × 125 100 =75 P 2004 =RM60

0 comments:

Post a Comment