11.1 Nombor Indeks


Bab 11 Nombor Indeks

11.1 Nombor Indeks
1. Nombor indeks ialah suatu sukatan yang digunakan untuk menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap masa. Kuantiti itu boleh jadi gaji, harga barang, penghasilan dan sebagainya.

Nombor indeks,   I= Q 1 Q 0 ×100   , dengan keadaan
Q0 = kuantititi pada masa asas
Q1 = kuantititi pada masa tertentu


Harga indeks,   I= P 1 P 0 ×100    , dengan keadaan
P0 = Harga pada masa asas
P1 = Harga pada masa tertentu

2.      Indeks harga ialah suatu peratusan, tetapi tanda % tidak ditulis.
3.      Indeks harga pada masa asas ialah 100, iaitu apabila Q1 = Q0I = 100.


Contoh 1:
Harga sebuah rumah yang Encik Sulaimanbeli pada tahun 1998 ialah RM110 000. Dalam tahun 2000, harga rumah tersebut meningkat hingga RM130 000. Hitung indeks harga rumah itu bagi tahun 2000 dengan menggunakan tahun 1998 sebagai tahun asas.

Penyelesaian:
P 0 =RM110000 P 1 =RM130000 I= P 1 P 0 ×100 I= 130000 110000 ×100 I=118.18  


Contoh 2:
Harga bagi sebotol minyak masak dalam tahun 1999 ialah RM15.00. Diberi indeks harga bagi tahun 2000 berasaskan tahun tahun 1999 ialah 105, hitung harga sebotol minyak masak dalam tahun 2000.

Penyelesaian:
P 0 =RM15 P 1 =x  (Harga 2000 ) I= P 1 P 0 ×100 105= x 15 ×100 1575=100x x=RM15.75  


Contoh 3:
Berasaskan tahun 1995, nombor indeks bagi sebuah ketuhar bagi tahun 1998 dan tahun 2001 adalah 110 dan 130 masing-masing. Cari nombor indeks bagi tahun 2001 dengan menggunakan tahun 1998 sebagai tahun asas.

Penyelesaian:
Diberi,  P 1998 P 1995 ×100=110  dan  P 2001 P 1995 ×100=130 P 2001 P 1998 ×100= P 2001 P 1995 × P 1995 P 1998 ×100                   = 130 100 × 100 110 ×100                    =118.18

0 comments:

Post a Comment