7.2a Julat


7.2 Sukatan Serakan (Bahagian 1)
7.2a Julat

(A) Julat untuk Data Tak Terkumpul

   Julat
   = nilai cerapan terbesar – nilai cerapan terkecil

Contoh 1:
Cari julat bagi set data 2, 4, 7, 10, 13, 16 dan 18.
Penyelesaian:
Julat = nilai cerapan terbesar – nilai cerapan terkecil
        = 18 – 2
        = 16


(B) Julat untuk Data Terkumpul (dengan Selang Kelas)

Julat
= nilai tengah kelas tertinggi – nilai tengah kelas terendah

Contoh 2:
Jadual yang berikut menunjukkan taburan kekerapan skor yang diperoleh 100 pelajar dalam suatu pertandingan.

Skor
Kekerapan
5 – 9
4
10 – 14
10
15 – 19
19
20 – 24
26
25 – 29
21
30 – 34
12
35 – 39
8

Cari julat bagi set data.

Penyelesaian:
Julat=nilai tengah kelasnilai tengah kelas                   tertinggi                   terendah Julat= 35+39 2 5+9 2            =377            =30


0 comments:

Post a Comment