7.1a Min


Bab 7 Statistik
7.1a Min

Min= Hasil tambah nilai data Bilangan data  

(A) Data Tak Terkumpul


Contoh 1:
(a) Cari min bagi set data 2, 4, 7, 10, 13, 16 dan 18.
(b) Apabila suatu nilai x ditambah ke dalam set data di (a), nilai baru min menjadi 9.5. Tentukan nilai x.

Penyelesaian:
(a)
x ¯ = 2+4+7+10+13+16+18 7 x ¯ = 70 7 =10

(b)
Min baru =9.5 70+x 8 =9.5 70+x=76 x=6


(B) Data Terkumpul (tanpa Selang Kelas)


Contoh 2:
Jadual kekerapan yang berikut menunjukkan markah ujian biologi bagi 40 orang pelajar.

Markah
50
55
60
65
70
Bilangan pelajar
6
8
15
10
1

Kira min markah.

Penyelesaian:
Min markah,  x ¯ x ¯ = ( 50 )( 6 )+( 55 )( 8 )+( 60 )( 15 )+( 65 )( 10 )+( 70 )( 1 ) 6+8+15+10+1 x ¯ = 2360 40 =59


(C) Data Terkumpul (dengan Selang Kelas)


Contoh 3:
Jadual yang berikut menunjukkan taburan kekerapan skor yang diperoleh 100 pelajar dalam suatu pertandingan.

Skor
Kekerapan
5 – 9
4
10 – 14
10
15 – 19
19
20 – 24
26
25 – 29
21
30 – 34
12
35 – 39
8

Kira min skor.

Penyelesaian:

Skor
Kekerapan f
Nilai tengah x
fx
5 – 9
4
7
28
10 – 14
10
12
120
15 – 19
19
17
323
20 – 24
26
22
572
25 – 29
21
27
567
30 – 34
12
32
384
35 – 39
8
37
296
Jumlah

100
2290

Nilai tengah= 5+9 2 =7 Min skor,  x ¯ = fx f = 2290 100 =22.9


0 comments:

Post a Comment